VE AutoCool merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan automotif dan beroperasi di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan penyelenggaraan dan membaik pulih penghawa dingin kenderaan, khusus untuk memenuhi keperluan penduduk Kota Kinabalu.
VE AutoCool berlokasi di Lot 4, Tingkat Bawah, Taman Cempaka Likas, Batu 4.5, 88450, Kota Kinabalu, Sabah. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, lokasi perniagaan ini terletak di kawasan yang strategik.
Potensi pelanggan bukan sahaja terdiri daripada masyarakat setempat yang menghantar kenderaan mereka kepada kami, malah syarikat-syarikat besar turut menggunakan perkhidmatan kami. Antara pelanggan korporat termasuk Yakult Sdn. Bhd., Biforst Sdn. Bhd., Hap Hin Sdn. Bhd., FF Automobile Sdn. Bhd., dan beberapa syarikat lain.